Sepertinya Jun So-min sudah kembali pulih selepas mengalami keretakan kaki dan menjalani pembedahan baru-baru ini.
Oleh kerana keadaan yang membimbangkan itu, sudah pasti ramai peminat “Running Man” yang meluahkan rasa risau dengan kesihatan pelakon wanita itu. Tapi nampaknya dia sudah sihat dan mampu untuk penggambaran program itu yang berlangsung kelmarin.
Menerusi Instgaram miliknya, Jun So-min telah berkongsi sebentuk kek yang dihadiahkan oleh pihak produksi “Running Man” buatnya. Tulis kek itu,
Terima kasih kerana menjadi ‘Running Man’ selama ini.
Disebabkan oleh ayat yang kurang spesifik itu, ada yang menebak sama ada Jun So-min bakal meninggalkan program itu kerana kecederaannya. Pun begitu, ramai yang menyangkal dan mengatakan bahawa pihak produksi hanya mahu memberikan penghargaan buat pelakon berkenaan.
Respon agensinya mengenai spekulasi ini,
Spekulasi bahawa Jun So-min akan meninggalkan ‘Running Man’ hanyalah spekulasi sahaja dan langsung tidak benar.
Semoga Jun So-min terus jadi ahli “Running Man” sampai bila-bila.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.