Ikuti Kami:

Jun Somin & Song Jihyo Kembali Sertai Penggambaran ‘Running Man’

Jun Somin & Song Jihyo Kembali Sertai Penggambaran ‘Running Man’

Selepas terlepas beberapa penggambaran, akhirnya Jun So-min dan Song Ji-hyo kembali menyertai rakaman “Running Man” pada hari ini.

Ramai mengetahui bahawa Song Ji-hyo terpaksa menjalani kuarantin kendiri sebelum ini kerana tidak dapat mendapatkan vaksin dek alergik ubatan barat manakala Jun So-min pula baru sahaja sembuh selepas menjalani pembedahan disebabkan tulang kaki retak.

Pada petang 7 Februari, pelakon Jun So-min dilihat memuat naik beberapa keping foto di Instagramnya. Dapat dilihat pelakon itu dan Song Ji-hyo berpakaian seragam selain menyarungkan beg dengan tanda nama masing-masing.

Kapsyen entri itu ialah Unning~

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 쏘미닝 (@jsomin86)

Melihatkan kemas kini terbaru itu membuatkan penonton meluahkan rasa lega kerana ketiadaan mereka dalam “Running Man” membuatkan program itu kehilangan serinya sedikit.

Dalam pada itu, penggambaran yang berlangsung hari ini disertai oleh ahli M.O.M iaitu kumpulan yang dilahirkan menerusi projek ‘MSG Wannabe’ dalam “Hangout With You”. Mereka terdiri daripada Wonstein, Parc Jae-jung, KCM dan ahli “Running Man” sendiri iaitu Ji Suk-jin.

Harap Jun So-min dan Song Ji-hyo baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...