Ikuti Kami:

“Terima Kasih”- Pelakon ‘Pachinko’ Luah Perasaan Lepas Menang Anugerah Di Amerika

“Terima Kasih”- Pelakon ‘Pachinko’ Luah Perasaan Lepas Menang Anugerah Di Amerika

Nampaknya, drama “Pachinko” telah memenangi anugerah di Amerika Syarikat.

Terbaru, para pelakon dari drama “Pachinko” telah meluahkan perasaan gembira mereka selepas memenangi anugerah ‘Best Ensemble Cast’ di majlis anugerah ‘American Film Independent Spirit’, yang diadakan di Santa Monica, California.

Meluahkan rasa syukur buat peminat, Lee Min-ho memberikan ucapan,

Kami sangat berterima kasih kepada Anugerah American Film Independent Spirit kerana memberikan kami anugerah yang begitu bermakna. Kami sedang menjalani penggambaran musim kedua dengan di Kanada. Jadi, sila nantikan musim kedua juga. Ia adalah satu penghormatan untuk menang anugerah ini, dan kami juga berterima kasih kepada peminat yang menyokong drama ‘Pachinko’. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih.

lee minho pachinko

Info tambahan, “Pachinko” merupakan drama bersiri yang mengisahkan perang antara keamanan, cinta dan perpisahan berbilang generasi serta kemenangan dan penghakiman yang merangkumi Korea, Jepun, dan Amerika Syarikat.

Tahniah!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...