Ikuti Kami:

Cerita Cinta Lee Minho & Gong Hyojin Di Angkasa, ‘Ask The Stars’ Bakal Tayang 2024

Cerita Cinta Lee Minho & Gong Hyojin Di Angkasa, ‘Ask The Stars’ Bakal Tayang 2024

Ramai kan yang menantikan drama yang diterajui Gong Hyo-jin dan Lee Min-ho?

“Ask The Stars” membawa kisah angkasawan dan seorang pelancong yang berjumpa dan jatuh cinta di stesen angkasa.

Selepas lama dinantikan, khabarnya siri yang dihasilkan Studio Dragon itu bakal menemui penonton berkemungkinan pada tahun 2024 menerusi laporan yang dikeluarkan baru-baru ini.

ask the stars

Bagi yang tidak mengetahui, Lee Min-ho akan membawa watak Gong Ryong, seorang doktor OB-GYN (Obstetrik & Ginekologi) yang mempunyai rasa tanggungjawab yang kuat dan sampai ke stesen angkasa sebagai pelancong. Manakala Gong Hyo-jin akan menjadi Eve Kim, seorang angkasawan kacukan Korea-Amerika.

Manakala naskhah lain seperti “The Thief: The Sound of a Knife”, musim pertama “Gyeonseong Creature”, ‘Lee Doona!’, “Sweet Home 2” dan “Arthdal ​​Chronicles 2” akan bersiaran pada tahun ini.

Tak sabarnya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...