Ikuti Kami:

“Terima Kasih Pada Jeon Somin, Kami Banyak Ketawa..” – Ahli ‘Running Man’

“Terima Kasih Pada Jeon Somin, Kami Banyak Ketawa..” – Ahli ‘Running Man’

Kemasukan Yang Se-chan dan Jeon So-min sebagai ahli baru “Running Man” sememangnya satu pilihan tepat yang dibuat.

Terbaru dalam siaran 2 April “Running Man”, para ahli masih lagi berada di Suncheon dari episod lepas, di mana Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Haha, Song Ji-hyo, Yang Se-chan dan Jeon So-min mengadakan perkhemahan sambil bermain permainan.

Dalam episod tersebut, semua ahli ditugaskan untuk memasak dan Jeon So-min serta Song Ji-hyo bertanggungjawab untuk memasak kerang rebus dengan alkohol. Apabila Jeon So-min meletakkan sebotol soju dalam hidangan tersebut, ahli lain berkata,

Rebusan itu berbau alkohol. Saya rasa saya akan mabuk.

Kemudian, Yang Se-chan mencubanya dan terus ketawa sambil berkata,

Ini soju.

running man

Yoo Jae-suk yang tidak boleh minum banyak alkohol terus menjerit selepas mencuba air rebusan kerang itu dek rasa soju yang kuat. Melihat reaksi lelaki itu, ahli lain mengusiknya dan berkata,

Kenapa awak belajar minum soju di sini?

Sebaliknya, Jeon So-min dilihat puas dengan masakannya itu,

Saya rasa ia sangat lazat. Saya gembira dengannya.

Selain soju, rebusan istimewa Jeon So-min itu juga mempunyai banyak cili hijau. Ahli yang lain terus ketawa dan berkata,

Terima kasih kepada Jeon So-min. Kami banyak ketawa.

running man

Jeon So-min memang selalu ceriakan suasana.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...