Ikuti Kami:

“Dia Paling Akhir Keluar Pentas” – Layanan Song Jihyo Pada Peminat Di Manila Dipuji Ramai

“Dia Paling Akhir Keluar Pentas” – Layanan Song Jihyo Pada Peminat Di Manila Dipuji Ramai

Song Ji-hyo sememangnya seorang selebriti yang sering memberikan layanan terbaik buat peminatnya.

Terbaru, semua ahli “Running Man” telah mengadakan acara perjumpaan peminat “A Decade of Laughter” di Manila Filipina.

Bukan sahaja menghiburkan peminat dengan persembahan seperti tarian dan nyanyian, ahli yang terdiri daripada Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Haha, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Yang Se-chan dan Jeon So-min turut bermain pelbagai permainan bersama peminat.

Selain itu, acara tersebut juga telah berakhir sejam selepas masa yang dijangkakan kerana semua ahli secara aktif berinteraksi dan menghiburkan peminat.

Meninjau di Twitter, peminat yang menghadiri perjumpaan peminat tersebut ada berkongsi pengalaman mereka dengan memberitahu bahawa betapa baik hatinya semua ahli kerana ingin cuba memberikan layanan terbaik buat setiap peminat di situ.

Khususnya menerusi satu ciapan, Song Ji-hyo dipuji kerana dia dilihat meluangkan masanya untuk bergambar, menerima hadiah dan duduk di tepi pentas untuk lebih mendekati peminat.

Bukan itu sahaja, pelakon “The Witch’s Diner” itu juga merupakan orang terakhir yang meninggalkan pentas acara berkenaan selepas tempoh yang lama, bagi berinteraksi dengan setiap peminatnya.

https://twitter.com/yeppojihyo/status/1642162180660555782?s=20

Memang patut la ramai sayang Song Ji-hyo kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...