Ikuti Kami:

“Dia Peluk Erat” – Aksi Manja Song Jihyo Pada Kim Jongkook Di Perjumpaan ‘Running Man’ Jadi Bualan

“Dia Peluk Erat” – Aksi Manja Song Jihyo Pada Kim Jongkook Di Perjumpaan ‘Running Man’ Jadi Bualan

Sepertinya tiada siapa yang ‘move on’ daripada hubungan cinta antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo!

Terbaru, kesemua ahli “Running Man” telah menyertai perjumpaan peminat “A Decade Of Laughter” di Manila, Filipina. Ini merupakan acara yang sudah lama tertangguh sejak pandemik melanda dunia sejak awal tahun 2020 dan hanya kini mereka mampu melangsungkannya.

Bukan sahaja membuat persembahan seperti tarian dan nyanyian, ahli yang terdiri daripada Yoo Jae-suk, Ji Suk-jin, Haha, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo, Yang Se-chan dan Jeon So-min turut bermain pelbagai permainan bersama peminat.

Namun apa yang menarik perhatian penonton ialah apabila rata-rata penonton berteriakan kuat apabila melihat momen antara Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook. Bahkan di awal acara, mereka diminta memperkenalkan diri bersama. Usik Yoo Jae-suk,

Apa kata awak berjalan hingga ke penghujung pentas?

Walaupun Kim Jong-kook menolak, Song Ji-hyo menarik lelaki itu ke hadapan dan melambai ke arah penonton sambil berjalan. Bahkan wanita itu turut beraksi mesra dengan meletakkan dahinya di lelaki tersebut meskipun Kim Jong-kook akhirnya pura-pura menendang manja kakinya.

Ahli yang lain di belakang juga dilihat tersenyum manis melihat telatah kedua mereka yang seronok melayan permintaan peminat.

Comel!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...