Ikuti Kami:

“Pinggang Ramping” – ‘Running Man’ Ke Manila, Peminat Terpesona Song Jihyo Berpakaian Crop Top

“Pinggang Ramping” – ‘Running Man’ Ke Manila, Peminat Terpesona Song Jihyo Berpakaian Crop Top

Meskipun sudah berusia dalam 40-an namun Song Ji-hyo kekal menawan dan berjaya mengekalkan fizikal yang hebat bagi seorang pelakon.

Terbaru, peminat meluahkan rasa teruja melihat wanita itu tampil berani memakai jaket crop-top semasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon bersama ahli “Running Man” yang lain.

Bagi yang tidak mengetahui, mereka bakal mengadakan perjumpaan peminat ‘A Decade Of Laughter’ di Manila pada hari ini selepas acara itu tertangguh sekian lamanya sejak sebelum COVID-19 melanda.

Tampil makin ramping kini, ramai yang tidak menyangka Song Ji-hyo menyembunyikan bentuk badan yang menggiurkan memandangkan dia sering menyarungkan pakaian besar apabila di dalam “Running Man”.

Komen peminat,

Song Ji-hyo pakai apa pun cantik.

 

Suka lihat pakaian Song Ji-hyo hari ini.

 

Dia nampak muda berpakaian bergitu.

 

Bagus betul jurugaya baru Song Ji-hyo, dia patut dibayar lebih.

 

Pinggang Song Ji-hyo segenggam sahaja.

Dalam pada itu, para peminat turut memuji ahli lain yang pandai bergaya mengikut stail masing-masing.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...