Ikuti Kami:

“Pasti Jaga Satu Sama Lain” – Penonton Perasan Keakraban Song Jihyo & Jeon Somin Dalam ‘Running Man’

“Pasti Jaga Satu Sama Lain” – Penonton Perasan Keakraban Song Jihyo & Jeon Somin Dalam ‘Running Man’

Sentiasa dikelilingi ‘oppa’ nakal, namun hubungan adik-beradik antara Song Ji-hyo dan Jeon So-min nyata kukuh dan keakraban mereka boleh diperhatikan pada saban episod “Running Man”.

Dalam episod terbaru program berkenaan, dapat dilihat dua orang ahli wanita itu sentiasa mempunyai momen bersama berdua.

Antara yang menarik perhatian penonton ialah apabila Song Ji-hyo dan Jeon So-min telah memberikan sedikit teaser persembahan mereka pada perjumpaan peminat akan datang di Manila. Semasa menari mengikut lagu “Love Dive” dendangan IVE, Song Ji-hyo dilihat mengikut dengan teliti pergerakan Jeon So-min di hadapannya. Tidak pernah melakukan persembahan berdua, momen tersebut nyata membuatkan ramai peminat ‘mongdol’ tersenyum.

Kemudian, Jeon So-min juga kelihatan bertenaga apabila bingkas berdiri apabila mendengarkan lagu nyanyian Cosmic Girls. Lebih comel apabila Song Ji-hyo memberikan senyuman seperti ibu yang bangga apabila adiknya itu menari sambil mengaplikasikan stik pelindung matahari jenama Glutanex di mana dia merupakan dutanya.

Dalam pada itu, peminat mereka juga perasan bahawa Song Ji-hyo berlari mendapatkan Jeon So-min dahulu bagi meraikan tuahnya dipilih untuk menjamah makanan yang disediakan pihak produksi.

Komen peminat,

Comelnya senyuman Song Ji-hyo apabila memandang Jeon So-min.

 

Tak sabar nak tengok persembahan mereka.

 

Comelnya Mongdol!

 

Mereka pasti akan cari satu sama lain.

Cute sangat keduanya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...