Walaupun sudah berbelas tahun bersiaran namun “Running Man” tetap berjaya membawa permainan baru yang menghiburkan pada setiap episod.
Dalam episod terbaru ini, rata-rata penonton meninggalkan komen positif apabila melihat keserasian setiap ahli dan kru produksi yang menjalani misi untuk ‘Berkhemah di Suncheon’.
Bahkan ada yang mengatakan Lee Kwang-soo sudah kembali dek gaya menghiburkan salah seorang staf produksi bernama Ju-yong. Dalam satu permainan, ahli perlu bermain bola baling dan perlu menghalang pihak produksi daripada melepasi halangan untuk mengisi air di tempat yang ditetapkan.
Pemilihan lelaki itu sebagai peserta nyata tidak menghampakan apabila dia berjaya membuatkan semua tertawa dek gelagat kelakarnya. Ianya bermula apabila Kim Jong-kook menggunakan helah untuk menolak staf yang mendekatinya memandangkan pengarah Choi Hyung-in menjelaskan bahawa mereka tidak dibenarkan memegang tangan ahli lawan.
@iam_l1485 The chemistry between running man members and PDs is so good that it makes the show even better and funny 😅 #runningman #songjihyo #yoojaesuk #kimjongkook #jeeseokjin #haha #yangsechan #jeonsomin #fypシ #trending ♬ Rover – KAI
Tidak menyangka apabila Ju-yong memberikan reaksi kelakar dengan ‘terbang’ sebelum terjatuh dek tolakan kuat lelaki berbadan sasa itu. Malah ada yang menggelarnya sebagai pengganti ‘Lee Kwang-soo’,
Dia mengingatkan saya kepada Kwang-soo.
Perghh dia terbang terus!
Kena naikkan gaji Ju-yong!
Sakit perut gelak.. PD ‘Running Man’ pun kelakar sangat.
Aku ingatkan Lee Kwang-soo.
Dia jadi makin kelakar sebab Ju-yong ada rupa Kwang-soo.
Dalam pada itu, ada menjangkakan Ju-yeong PD supaya menjejaki langkah Choi Bo-pil yang payah dahulu sebagai staf sebelum berjaya menjadi pengarah utama program berkenaan.
Serius kelakar! Macam mana dia boleh terangkat kat udara macam tu..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉