“Saya Tak Boleh Fokus Tonton ‘The Glory’ Kerana Yoo Jaesuk” – Kim Jongkook
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Sejak drama “The Glory” popular, nama Yoo Jae-suk turut naik bersamanya meskipun dia tidak membintangi siri Netflix itu.
Artikel Berkaitan
Dalam episod terbaru “Running Man”, para ahli telah berbincang mengenai pelbagai perkara semasa mereka awal berkumpul. Ulas Kim Jong-kook kecewa,
Saya tak fokus menonton ‘The Glory’ kerana Yoo Jae-suk. Babak di mana Ha Do-young (Jung Sung-il) memakai topi keselamatan di tapak pembinaan.. dia kelihatan seperti awak.
Respon Yoo Jae-suk,
Kenapa awak macam ni..

Secara tiba-tiba, Song Ji-hyo memberikan reaksi yang lambat,
Ya lah, awak kelihatan sama sepertinya.
Rata-rata ahli berasa terkejut memandangkan hal ini sudah lama dibincangkan sejak awal tayangan bahagian pertama dahulu,
Awak baru dengar ke? Lambatnya berita ni sampai kat awak.

Balasnya terkejut,
Ya, saya baru pertama kali mendengarnya.
Alahai comelnya mereka~
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




