Ahli “Running Man”, walaupun selalu ada sahaja idea ingin mengusik tapi biasanya mereka juga yang akan menyokong antara satu sama lain.

Dalam episod terbaru ini, para ahli telah berjalan Suncheon bagi menjalani misi ‘Berkhemah dengan Ddakji’. Bermakna dalam setiap segmen, mereka akan menggunakan ddakji bagi menentukan misi untuk setiap kumpulan.
Di pusing ketiga, para ahli dipisahkan kepada pasukan mencari barang dapur yang dianggotai Song Ji-hyo, Ji Suk-jin dan Yoo Jae-suk manakala pasukan memasang khemah pula ditugaskan kepada Kim Jong-kook, Yang Se-chan, Haha dan Jeon So-min.
Biasanya diusik, Jeon So-min nyata terkesima apabila mendengar pujian yang datang dari Kim Jong-kook semasa mereka sedang sibuk memasang khemah. Katanya sambil memerhati tajam,
Cantik awak memakai t-shirt putih dan seluar jeans. Nampak kemas.
Tambah Haha dan Yang Se-chan,
Ditambah pula dengan sinaran matahari dan dikelilingi kehijaun, awak nampak sempurna.
Respon Jeon So-min tersipu malu,
Kenapa korang semua ni? Kenapa mereka cakap saya cantik?
Abang-abang sayang dengan Jeon So-min sebenarnya tapi lagi seronok kalau mengusik kan?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉