Ikuti Kami:

Ditanya Jika Pernah Hubungi Tetamu Lelaki ‘Running Man’, Jeon Somin Beri Respon ‘Padu’

Ditanya Jika Pernah Hubungi Tetamu Lelaki ‘Running Man’, Jeon Somin Beri Respon ‘Padu’

Siapa mengenali Jeon So-min pastinya mengetahui bahawa wanita itu merupakan pakar mencari cinta.

Dalam episod terbaru saluran YouTube HAHA PD, pelakon tersebut dan Haha bercerita lebih mengenai kehidupan cinta wanita itu. Katanya, dia kini lebih memilih personaliti berbanding wajah apabila menyukai seorang lelaki.

Semasa berbual, salah seorang pengikut siaran langsung itu bertanya satu soalan cepumas buat Jeon So-min,

Awak pernah atau tidak pernah berjumpa tetamu ‘Running Man’ di luar?

jeon somin haha

Balas pelakon wanita itu pantas,

Tak ada, tak ada. Mereka semua hanyalah individu yang saya berjumpa seketika dan berlalu pergi.

Tanya Haha yang turut meluahkan rasa ingin tahu mengenai hal itu,

Saya tak pernah berjumpa dengan mereka atas alasan tak sengaja dan saya tak menghubungi mereka secara asing. Tapi ada ketika saya terserempak dengan mereka tanpa sengaja.

haha jeon somin

Berjumpa sebab bekerja je kan..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...