Sudah beberapa tahun bekerja bersama, sudah pasti terdapat ikatan yang utuh antara ahli “Running Man” kan?

Baru-baru ini, Haha telah berkongsi video terbaru menerusi saluran YouTube ‘Haha PD’ di mana Jeon So-min telah hadir sebagai tetamu.
Semasa bersembang mengenai hubungan sayang antara ‘adik dan abang’, Jeon So-min telah menanyakan soalan cepumas buat Haha,
Awak sayang adik yang mana? Ahli ‘How Do You Play’?
Apabila lelaki itu membalas ‘Ya’, usik Jeon So-min lagi,
Habis ahli kita? Awak tak sayang saya, Yang Se-chan dan Song Ji-hyo?
Jawab Haha,
Mestilah sayang sangat.
Seloroh pelakon wanita itu lagi,
Awak cakap dengan semua macam tu ke? Saya dan Lee Mi-joo tak pernah bersembang begitu. Semasa berbual menerusi telefon pun, kami tak pernah sebut pasal awak. Saya risau jika kami kekok.
Respon Haha kecewa,
Kenapa nak kekok? Tiada apa-apa pun lah. Awak seperti Dream (anak sulung Haha) buat saya. ‘How Do You Play’ pula seperti Song (anak bongsu Haha) buat saya. Ikatan pertama adalan yang paling bermakna.
Dah macam adik-beradik semua.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉