Bukan sahaja terbukti berbakat dalam bidang lakonan namun Jeon So-min turut mempunyai personaliti yang bersesuaian dengan program hiburan.

Menerusi episod terbaru program YouTube ‘Pinggyego’, Yoo Jae-suk telah memberikan pujian buat perwatakan pelakon itu.
Pada awalnya Yang Se-chan yang hadir sebagai tetamu telah meluahkan perasaan mengenai kesukaran semasa di awal penyertaannya dalam “Running Man”. Ulas Yoo Jae-suk memujuknya,
Pertama kali dia menyertai, setiap orang memerlukan tempoh tersendiri bagi menyesuaikan diri dalam dunia program hiburan. Tak semua orang yang mampu menyesuaikan diri dengan pantas seperti Jeon So-min.
Mendengarkan ulasan pengacara No 1 Korea itu, ternyata Jeon So-min merupakan seorang yang dilahirkan untuk menyertai program hiburan dek personalitinya yang terbuka untuk menerima persekitaran baru.
Disebabkan itu, bermula daripada “Running Man”, wanita itu telah dipanggil untuk menjadi untuk beberapa program lain seperti “The Sixth Sense” dan “Skip”.
Cayalah Jeon So-min!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉