Ikuti Kami:

“Terima Kasih..” – Hampir Menangis, Sokongan Hangat Peminat Malaysia Terhadap Liz IVE Dipuji Ramai

“Terima Kasih..” – Hampir Menangis, Sokongan Hangat Peminat Malaysia Terhadap Liz IVE Dipuji Ramai

Baru-baru ini, IVE telah melakukan konsert jelajah “Show What I Have” di Axiata Arena, Kuala Lumpur dan ianya telah dihadiri oleh ribuan peminat kumpulan itu di Malaysia.

Dalam masa yang sama, satu klip yang dirakam oleh salah seorang peminat telah tular dan mendapat lebih 1 juta tontonan. Di mana, video tersebut menunjukkan situasi ketika Liz sedang berinteraksi bersama peminat.

Ketika ahli IVE tersebut sedang melambaikan tangannya, sorakan yang diterima oleh Liz dari peminat Malaysia terlalu kuat sehingga memenuhi arena.

Malah, sorakan itu juga telah membuatkan Liz terkejut dan terpaksa melihat skrin di belakang untuk memastikan bahawa itu adalah untuknya.

Selepas video itu dikongsi, rata-rata peminat IVE di seluruh dunia telah meluahkan rasa terharu mereka dan berterima kasih terhadap peminat di Malaysia kerana telah memberikan sokongan yang sepatutnya terhadap ahli IVE tersebut.

ive-malaysia

Sebelum ini, ramai peminat merasakan bahawa Liz tidak mendapat sokongan serta kasih sayang yang sepatutnya. Tetapi, peminat IVE di Malaysia telah membuktikan bahawa mereka merupakan penyokong serta peminat nombor 1 Liz.

Terbaik la Malaysia Dive!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...