Dikenali ramai sebagai kakak Won-young IVE, peminat sudah tidak sabar lagi untuk menantikan drama pertama lakonan Jang Da-ah iaitu “Pyramid Game”.
Dalam drama tersebut, Jang Da-ah akan memegang watak sebagai seorang pelajar sekolah bernama Baek Ha-rin. Di mana, gadis kaya itu sering disanjungi ramai dan merupakan salah seorang pembuli di sekolahnya.
Teaser “Pyramid Game” yang baru sahaja dikeluarkan baru-baru ini telah menarik perhatian ramai yang rata-ratanya memuji pelakon tersebut meskipun ini merupakan drama pertamanya.
Antara komen netizen terhadapnya ialah,
Saya teruja nak lihat dia dalam drama ini.
Wajah dia sangat seiras dengan Jang Won-young.
Nada suara dia bagus, saya harap sangat lakonan dia pun sama.
Adik-beradik Jang nampak sangat serupa tapi kedua-dua mereka ada tarikannya sendiri.
Bintang yang sedang menaik!
Drama “Pyramid Game” yang akan menampilkan Jang Da-ah akan mula ditayangkan pada 29 Februari ini.
— TVING 티빙 (@tvingdotcom) February 5, 2024
Korang yang tonton teaser tu rasa lakonan dia okay ke tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.