Ikuti Kami:

“Dah Cantik, Baik Pula Tu” – Layanan Wonyoung IVE Terhadap Peminat ‘Istimewa’ Raih Perhatian Ramai

“Dah Cantik, Baik Pula Tu” – Layanan Wonyoung IVE Terhadap Peminat ‘Istimewa’ Raih Perhatian Ramai

Won-young IVE sekali lagi telah menunjukkan kasih sayangnya kepada peminat.

Pada 18 November, seorang peminat IVE yang berada di Jepun telah berkongsi pengalamannya ketika menghadiri acara tandangan peminat bersama dengan Jang Won-young di media sosial miliknya.

Peminat yang mempunyai masalah pendengaran tersebut mendedahkan bahawa sejurus selepas gilirannya tiba, dia telah memaklumkan kepada ahli kumpulan IVE tersebut mengenai keadaan dirinya.

Kongsinya,

Saya bagitahu Won-young yang saya tak boleh dengar kerana ada masalah pendengaran dan Won-young lukis bentuk hati guna tangan dia.

Tambahnya lagi,

Won-young juga cakap dengan perlahan-lahan dan guna beberapa bahasa isyarat. Disebabkan itu, saya dapat faham apa yang dia kata dan kami dapat berkomunikasi dengan senang.

ive wonyoung

Malah, peminat itu juga menyatakan bahawa Jang Won-young telah meminta staf disitu untuk memanjangkan masa untuk mereka berbual walaupun waktu gilirannya sudah tamat.

Tidak berhenti di situ, peminat lain yang mempunyai masalah pendengaran juga mendedahkan bahawa Won-young telah mengucapkan perkataan ‘saya cintakan awak’ menggunakan bahawa isyarat di acara tersebut.

Rata-rata netizen telah tersentuh dan memuji perilaku Jang Won-young.

Antara komen mereka,

Dia memang dilahirkan untuk jadi idola.

 

Dia memang patut disayangi dan diminati ramai.

 

Baiknya dia!

 

Dah cantik, baik pula tu!

 

Terharunya dengan Won-young!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...