Utama Tempatan IVE Bakal Temui Peminat Di Kuala Lumpur Dalam Jelajah ‘Show What I...

IVE Bakal Temui Peminat Di Kuala Lumpur Dalam Jelajah ‘Show What I Have’ Februari Ini

ive show what i have

Berita gembira buat peminat IVE!

Terkini, syarikat IVE iaitu Starship Entertainment telah mengumumkan bahawa IVE bakal melakukan konsert jelajah dunia mereka iaitu “Show What I Have”.

Kumpulan yang baru sahaja melakukan kemunculan semula dengan lagu “Baddie” itu akan menjumpai peminat di 27 buah negara termasuk negara-negara di Asia Tenggara seperti Bangkok, Jakarta, Singapura dan juga Kuala Lumpur.

Terlebih dahulu, IVE baru sahaja menamatkan jelajah perjumpaan peminatnya di beberapa buah negara pada 9 Julai yang lalu. Namun, konsert “Show What I Have” ini merupakan konsert pertama IVE di Malaysia.

Konsert yang paling dinantikan oleh ramai peminat di Malaysia ini akan diadakan pada 17 Februari 2024 dan tempat ianya dijalankan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

Wah! Tak sabarnya nak pergi nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERTwitter
Loading...