Ikuti Kami:

“Terima Kasih…” – Eunhyuk SUPER JUNIOR Terharu Dengan Sokongan Keluarga SMTOWN

“Terima Kasih…” – Eunhyuk SUPER JUNIOR Terharu Dengan Sokongan Keluarga SMTOWN

Sebelum ini, kita digembirakan dengan comeback oleh kumpulan Super Junior dan baru-baru ini mereka tampil di “SMTOWN LIVE 2022: SMCU EXPRESS @HUMAN CITY_SUWON” untuk membuat persembahan.

Seperti biasa, persembahan daripada mereka tidak pernah mengecewakan. Mereka menyanyikan lagu-lagu hit mereka seperti “Black Suit”, “Sorry, Sorry”, “Beautiful Girl” dan macam-macam lagi. sujuSelesai sahaja persembahan, mereka semua memberikan ucapan kepada peminat, namun yang paling menarik perhatian adalah apabila Eun-hyuk mula memberikan ucapannya. Dunia K-Pop pastinya sudah tahu mengenai kematian bapanya baru-baru ini. Oleh itu, Eun-hyuk berkata,

Saya rindu anda semua. Saya juga baru belajar betapa pentingnya mempunyai keluarga. Saya yakin yang keluarga SMTOWN akan sentiasa ada di samping saya. Saya dapat lihat Dreammakers dan peminat yang lain turut hadir bersama keluarga sekarang. Terima kasih. Terima kasih kerana sebab kalian saya yakin saya masih punya keluarga besar.

Ucapan itu pastinya membuat ahli lain dan juga peminat turut merasai kesedihan yang ditanggung Eun-hyuk.

Tak apa Eun-hyuk, yang pasti semua orang akan sentiasa menyokong!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...