Ikuti Kami:

“Kami Hanya Terus Bertahan” – SUPER JUNIOR Kongsi ‘Rahsia’ Kekal Jadi Idola Kegemaran Ramai

“Kami Hanya Terus Bertahan” – SUPER JUNIOR Kongsi ‘Rahsia’ Kekal Jadi Idola Kegemaran Ramai

Walaupun kebanyakkan ahli SUPER JUNIOR sudah hampir menjengah usia 40-an namun mereka masih menjadi kegilaan ramai. Nak tahu tips mereka? Teruskan baca okay!

Peminat K-Pop pasti sudah mengetahui mengenai comeback kumpulan lagenda SUPER JUNIOR kan? Satu sesi sidang media untuk album ke-11 mereka, “The Road: Keep On Going” diadakan baru-baru ini. Lebih menarik perhatian apabila SUPER JUNIOR ditanya mengenai rahsia bagaimana mereka kekal menjadi idola setelah hampir 17 tahun sejak debut pada 2005.

SUPER JUNIOR sempat berkongsi beberapa perkara apabila Eun-hyuk menjawab pertanyaan tersebut.

Tiada rahsia apa pun dari pihak kami. Rasanya kami semua hanya terus bertahan selama ini. 

sujuDewan sidang media itu mula penuh dengan ketawa apabila Shin-dong sempat berseloroh,

Saya fikir ia adalah kerana syarikat SM. Kami boleh melakukannya untuk masa yang lama kerana kami berada di bawah syarikat yang baik. Pembaharuan kontrak akan berlaku tidak lama lagi, jadi jangan lupa uruskan bayaran muka kami okay! 

Lee-teuk turut menambah,

Ahli SUPER JUNIOR semuanya pengecut. Jika seseorang mula buat hal dan berkata “Saya tidak akan melakukannya”, maka pasukan itu akan berpecah. Tapi rasanya setakat ini, tiada ahli seperti itu.

Eun-hyuk terus menambah,

Saya tahu berapa banyak ahli yang lain suka ber ‘sumpah’. Jika seseorang pergi ke bilik air ketika semua orang sedang bersama, mereka akan mengutuk sehabis boleh.

sujuKuat berseloroh SUPER JUNIOR ni kan? Rasanya, tak ada rahsia pun untuk mereka kekal menjadi idola. Yang pasti, sifat mereka yang sentiasa ‘real’ di luar mahupun di hadapan kamera. Sebab itulah penonton dan peminat sentiasa rasa dekat dengan mereka.

Korang rasa macamtu tak? Tak sabar rasanya nak tunggu album ke-11 mereka nanti. Sama-sama kita nantikan okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...