Menjelang konsert jelajah dunia SUPER JUNIOR, kumpulan itu mengumumkan tentang kemunculan semula mereka dengan album ke-11.
Pada 13 Jun, SUPER JUNIOR secara rasmi mengumumkan rancangan mereka untuk kembali dengan album penuh ke-11 “The Road: Keep on Going”.
Untuk pengetahuan, kemunculan semula terakhir kumpulan itu adalah pada bulan Februari, apabila mereka mengeluarkan album tunggal khas mereka “The Road : Winter for Spring”.
SUPER JUNIOR The 11th Album [The Road : Keep on Going]
– Concept Trailer#슈퍼주니어 #SUPERJUNIOR#The_Road_Keep_on_Going pic.twitter.com/5y3YYjKSOV
— SUPER JUNIOR (@SJofficial) June 12, 2022
Selain itu, pada beberapa minggu lepas, SUPER JUNIOR turut umum akan mengadakan konsert jelajah dunia “SUPER JUNIOR WORLD TOUR – SUPER SHOW 9: ROAD”, yang akan bermula di Seoul selama tiga hari dari 15 hingga 17 Julai di Jamsil Indoor Gymnasium.
Nantikan muzik baharu dari kumpulan legend SUPER JUNIOR!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.