Park Bo-gum sah bakal memperbaharui kontraknya bersama jenama terkenal, EIDER.

Baru-baru ini, jenama terkenal EIDER KOREA mengesahkan bahawa Park Bo-gum telah memutuskan untuk memperbaharui kontrak pengesahannya selepas pulang dari perkhidmatan ketenteraan.
Park Bo-gum sebelum ini pernah menandatangani kontrak sebagai model untuk jenama EIDER pada tahun 2017. Pelakon itu dilihat terus menyokong jenama pakaian sukan tersebut selama hampir 3 tahun.
Kini, setelah menamatkan perkhidmatan ketenteraan tentera laut awal tahun ini, Park Bo-gum secara rasmi memutuskan untuk meneruskan kontrak sebagai duta EIDER. Turut dikatakan bahawa, Park Bo-gum jkini merupakan figura yang menerima bayaran tertinggi dalam keseluruhan industri iklan Korea. Dalam pada itu, Park Bo-gum dijangka memulakan aktiviti sebagai model rasmi untuk EIDER pada musim luruh ini.
Wow, class betul Park Bo-gum! Dah tengok ke hasil penggambaran Park Bo-gum dengan EIDER KOREA?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.