Utama Rancangan Hiburan Park Seojoon, Ji Changwook, Park Bogum & Ahn Bohyun Bakal Tampil Dalam...

Park Seojoon, Ji Changwook, Park Bogum & Ahn Bohyun Bakal Tampil Dalam ‘Youth MT’ September Ini

park seojoon

Rancangan hiburan realiti TVING yang baharu bakal menampilkan pelakon-pelakon hebat? Wah bestnya!

Baru-baru ini satu rancangan hiburan realiti “Youth MT” bakal dilancarkan melalui siaran TVING yang mana krew-krew percutian tersebut khabarnya bakal terdiri daripada kalangan pelakon-pelakon hebat. Siapa agaknya?

Projek terbaru ini merupakan idea penerbit Kim Sung-yoon rancangan “Unexpected Business” dan juga “2 Days 1 Night” musim yang ketiga sebelum ini. “Youth MT” ini bakal menampilkan Park Seo-joon, Park Bo-gum, Ji Chang-wook dan juga Ahn Bo-hyun sebagai teraju utama.

Dalam pada itu, untuk episod pertama, Park Bo-gum dikhabarkan bakal tampil di samping pelakon “Love In The Moonlight” yang lain seperti Kim Yoo-jung, Jin-young, Chae Soo-bin, dan Kwak Dong-yeon. park seojoonManakala, gandingan hebat antara pelakon dari drama “Itaewon Class” akan membawa Park Seo-joon bersama Ahn Bo-hyun, Kwon Na-ra, Ryu Kyung-soo, dan Lee Joo-young bakal tampil dalam episod seterusnya.

Akhirnya, bintang-bintang daripada siri asal Netflix “The Sound of Magic” akan menampilkan Ji Chang-wook bersama Choi Sung-eun, Hwang In-yeob, Ji Hye-won, dan Kim Bo-yoon pada episod berlainan.

Korang rasa macam mana agaknya ya kalau mereka masing-masing bercuti bersama? Confirm kecoh! Nantikan “Youth MT” September ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Chosun
Loading...