Ikuti Kami:

“Terdengar Seperti Alasan..” – Ahn Bohyun Perjelas Kontroversi Layan Staf Seperti ‘Hamba’

“Terdengar Seperti Alasan..” – Ahn Bohyun Perjelas Kontroversi Layan Staf Seperti ‘Hamba’

Masih ingat tak lagi skandal yang terpalit ke atas Ahn Bo-hyun satu ketika dahulu?

Semasa menjalani penggambaran drama “Yumi’s Cells”, lelaki itu menerima kritikan ramai apabila tertangkap membiarkan staf perempuan memegang buku skrip semasa dia sedang menghafalnya. Ada yang mengatakan Ahn Bo-hyun ‘kekwat’ kerana melayan staf seperti itu sedangkan dia sendiri boleh memegang buku itu.

Walau bagaimanapun, staf berkenaan ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia hanya menunjukkan bahagian skrip yang diubah kerana secara tiba-tiba ada pertukaran adegan. Katanya, Ahn Bo-hyun bukan seorang yang akan menyuruhnya melakukan hal sedemikian.

ahn bohyun kim goeun

Dalam temubual istimewa untuk meraikan pengakhiran drama “Flex x Cop”, Ahn Bo-hyun telah memberikan pandangan mengenai isu tersebut dan disoal mengapa tidak memberikan penjelasan rasmi ketika dia dikritik pada ketika itu,

Saya juga terkejut dengan hal itu. Sesungguhnya orang yang tidak mengenali kami pastinya akan salah anggap tentangnya. Hubungan saya dengan staf itu terlalu rapat seperti keluarga. Sejak 12 hingga ke 13 tahun yang lalu, tidak pernah sekali pun saya menukar syarikat, jurusolek, atau penggaya rambut, lantas saya tak sangka ia akan menimbulkan kontroversi. Kalau saya jawab ‘tak’, ia hanya akan kelihatan seperti alasan dan ia mungkin akan menyusahkan saya dan juga staf tersebut nanti.

ahn bohyun

Jelasnya, dia dan pasukan staf tidak membesar-besarkan mengenai isu berkenaan dan kekal mesra dan rapat sehingga kini.

Harap jangan ada salah faham dah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...