Ikuti Kami:

“Lain Taraf..” – Ungkit Skandal Lama, Netizen Tak Restu Ahn Bohyun & Jisoo BP Bercinta?

“Lain Taraf..” – Ungkit Skandal Lama, Netizen Tak Restu Ahn Bohyun & Jisoo BP Bercinta?

Kelmarin, dunia hiburan digegarkan dengan berita percintaan antara Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo-hyun.

Walaupun ramai yang terkejut dengan hubungan romantik pertama ahli BLACKLINK yang diumumkan secara rasmi, namun rata-ratanya meninggalkan komen sokongan buat pasangan tersebut.

Pun begitu, tetap ada suara sumbang yang sepertinya membantah hubungan berkenaan. Majoriti darinya mengatakan bahawa Jisoo boleh mendapatkan lelaki yang lebih baik daripada Ahn Bo-hyun.

Ini kerana ada yang masih lagi terkesan dengan beberapa isu berbangkit mengenai personaliti pelakon lelaki itu sebelum ini. Antaranya ialah mengenai isu di mana Ahn Bo-hyun dikatakan ‘kekwat’ kerana membiarkan orang lain memegang buku skrip semasa dia sedang menghafalnya ketika di set “Yumi’s Cells”.

ahn bohyun

Komen orang ramai,

Kenapalah Ahn Bo-hyun dalam ramai-ramai.. Jisoo baru 29 tahun kan? Saya masih tak lupa dia biar staf pegang skrip untuknya.

 

Kenapa Jisoo bercinta dengan seseorang yang ‘subscribe’ saluran YouTube yang anti-feminis (PPKA)?

 

Bukan Son Heung-min, bukan Jung Hae-in, tapi Ahn Bo-hyun.. ruginya Jisoo.

 

Saya tak benci Ahn Bo-hyun tapi Jisoo patut bercinta dengan orang yang lebih berkelayakan.

 

Dia juga langgan saluran Kim Yong-ho.. bukankah Kim Yong-ho dibenci kerana dia suka kecilkan BLACKPINK?

 

Rendahnya standard Jisoo.

jisoo ahn bohyun

Dari komen yang ditinggalkan, ada juga yang menyelar mengenai kecenderungan Ahn Bo-hyun untuk terlibat dengan lelaki ‘Hannam’ iaitu kumpulan lelaki di Korea yang suka merendahkan wanita.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...