Pastinya ramai yang ternanti-nanti kemas kini keadaan Han So-hee selepas kemalangan di set penggambaran drama “Gyeongseong Creature”.
Peminat semakin tertanya-tanya kelmarin apabila pelakon wanita itu memuat naik beberapa foto mengerikan lantas khuatir sekiranya dia mengalami masalah psikologi.
Terbaru, Han So-hee menyapa peminat di ruang sembang ‘Bilik Sunyi’. Bukan sahaja memuat naik keadaannya kini malah dia turut mengepilkan swafotonya.
Katanya,
Awak risau sangat ke? Saya okay sahaja.
Tambahnya,
Saya sedang berehat di rumah, melukis dan meluangkan masa setelah sekian lama. Saya berhenti seketika buat peminat yang pastinya terkejut. Saya akan menjaga kesihatan dan badan, supaya dapat berjumpa awak dengan naskhah yang baik. Sila nantikan sekejap sahaja. Dalam kehidupan yang sunyi, awak penyokong, kegembiraan, cinta, kesakitan terbaik dan impian saya.
Semoga Han So-hee tenang sahaja.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.