Ikuti Kami:

Muat Naik Foto Mengerikan, Peminat Risau Keadaan Psikologi Han Sohee

Muat Naik Foto Mengerikan, Peminat Risau Keadaan Psikologi Han Sohee

Sebelum ini, Han So-hee terpaksa menghentikan seketika penggambaran drama “Gyeongseong Creature” selepas terlibat dengan satu kemalangan di set tersebut.

Disebabkan oleh itu, pelakon berkenaan perlu di bawa ke wad kecemasan sebelum disahkan mengalami kecederaan ringan di kawasan mata dan diminta berehat.

Terbaru, Han So-hee dilihat memuat naik entri di laman Instagram miliknya selepas kejadian tersebut. Walau bagaimanapun, beberapa foto yang dimuat naik nyata menimbulkan rasa bimbang dalam hati peminat.

han sohee

Lukisan yang dipaparkan mempunyai maksud tersirat lantas tidak dapat difahami peminat. Antaranya ialah seseorang sedang berbaring, tubuh badan wanita yang terdedahm individu dengan bulatan merah pada matanya dan dua orang yang terikat bersama dengan seorang lagi meletakkan tangan menerusi dada yang lain.

Semakin mengejutkan apabila pelakon berkenaan memuat naik lukisan yang menggambarkan ‘anak anjing terikat’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 한소희 (@xeesoxee)

Melihatkan entri ini, ramai yang meluahkan rasa khuatir dengan kesihatan psikologi Han So-hee. Kata mereka, “Saya terfikir sama ada dia okay”, “Lukisan ini agak mengejutkan, saya risaukannya”, “Saya boleh merasakan kesakitan daripada gambar ini.” dan lain-lain.

Semoga Han So-hee okay sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...