Ikuti Kami:

Cedera Di Mata Ketika Penggambaran ‘Gyeongseong Creature’, Han Sohee Terima Rawatan Kecemasan Kini

Cedera Di Mata Ketika Penggambaran ‘Gyeongseong Creature’, Han Sohee Terima Rawatan Kecemasan Kini

Ada berita sedih buat peminat Han So-hee…

Pada 3 Ogos, Han So-hee dilaporkan mengalami kecederaan di muka berhampiran matanya ketika melakukan penggambaran “Gyeongseong Creature”. Sports Chosun melaporkan bahawa Han So-he sedang merakam adegan aksi peringkat tinggi apabila kecederaan itu berlaku. Kini, pelakon itu telah dibawa ke bilik kecemasan untuk rawatan selanjutnya dan penggambaran drama terus dihentikan.

Berikutan itu, agensi Han So-hee 9ATO Entertainment memberi kemas kini tentang keadaan pelakon itu.

Memang benar Han So-hee cedera di sekeliling matanya semasa penggambaran drama ‘Gyeongseong Creature’. Kecederaan itu tidak serius, jadi dia dipindahkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan kecemasan. Kecederaannya tidak serius sehingga memerlukan pembedahan.

Selain itu, seorang kakitangan dari drama tersebut turut memberitahu bahawa dalam proses pemulihan Han So-hee, pihak produksi akan memantau perkembangannya dan mereka tidak menjangkakan sebarang kesan yang ketara terhadap jadual penggambaran.

han sohee

Dalam pada itu, “Gyeongseong Creature” ialah drama thriller makhluk mengenai dua anak muda yang mementingkan kelangsungan hidup dan terpaksa berdepan dengan raksasa yang tamak pada musim bunga tahun 1945, di mana waktu itu adalah sekelam-kelamnya. Kisah mereka melawan antara hidup dan mati selain membangkitkan persoalan mengenai maruah manusia dan kemanusiaan yang merupakan katarsis mengghairahkan.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Han So-hee.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...