Populariti Lee Jong-suk nyatanya tidak boleh disangkal lagi. Khabarnya tiket untuk perjumpaan bersama peminatnya habis dijual! Wah, hebatnya!
Makin hari, lakonannya dalam “Big Mouth” kian mencetuskan fenomena baru. Bukan senang kita dapat lihat Lee Jong-suk bawa watak antagonis kan?
Di artikel sebelum ini, kami ada kongsikan mengenai majlis perjumpaan peminat yang akan diadakan oleh Lee Jong-suk iaitu “RE,JONG SUK” di Blue Square Mastercard Hall pada 12 September ini.Seperti yang dijangkakan, melihat kepada popularitinya sehingga kini, tiket jualan untuk majlis tersebut telah habis dijual sebaik sahaja ianya dibuka pada 19 Ogos lalu.
Dek kerana itu juga, Lee Jong-suk akan membalas semula sokongan yang diterima oleh peminat. Pelakon itu akan terlibat secara menyeluruh dalam proses perancangan dan dia berusaha keras untuk memastikan majlis itu berjalan lancar.
Wah, bestnya! Semoga majlis itu jadi kenangan manis buat semua!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.