Ikuti Kami:

“Saya Rindukan Mereka” – Lee Jongsuk Bakal Adakan Perjumpaan Bersama Peminat September Ini

“Saya Rindukan Mereka” – Lee Jongsuk Bakal Adakan Perjumpaan Bersama Peminat September Ini

Peminat-peminat Lee Jong-suk pastinya amat menantikan saat ini. Pelakon itu akhirnya mengumumkan bahawa dia bakal membuat perjumpaan bersama peminat.

Setelah pelakon itu kian menjadi sebutan dek kerana lakonan watak antagonisnya dalam “Big Mouth”, dia kini mahu mengadakan satu perjumpaan bersama peminat setelah sekian lama.

Menurut agensinya, Lee Jong-suk akan mengadakan perjumpaan bersama peminat “RE, JONG-SUK” pada 12 September ini di Blue Square Master Card Hall di Seoul. “RE, JONG-SUK” membawa maksud kepada “Again, Jong-suk”.lee jongsukPerjumpaan bersama peminat kali ini dilihat sebagai tanda penghargaannya bagi peminat yang sudah lama menunggu penampilan semulanya dalam industri sejak hiatus Lee Jong-suk sebelum ini.

Lee Jong-suk juga dikhabarkan akan menyediakan beberapa kisah istimewa dirinya untuk dikongsi bersama peminat serta beberapa ‘hadiah’ khas untuk peminat yang hadir ke perjumpaan tersebut.

Lee Jong-suk berkata,

Saya sudah lama menunggu masa untuk bertemu dengan peminat saya. Saya sudah mula berasa resah, seronok dan saya tak sabar untuk jumpa mereka. Saya juga merindukan mereka dan saya berjanji untuk memberikan yang terbaik untuk kenangan mereka. 

Wah, baru sahaja disebut-sebut.. dah buat fan-meeting! Bestnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...