Ikuti Kami:

“Dia Sesuai Bawa Watak Macam Ini” – Menjiwai Watak, Lakonan Lee Jongsuk Dalam ‘Big Mouth’ Dipuji

“Dia Sesuai Bawa Watak Macam Ini” – Menjiwai Watak, Lakonan Lee Jongsuk Dalam ‘Big Mouth’ Dipuji

Lakonan Lee Jong-suk dalam “Big Mouth” nampaknya telah berjaya menerima pujian penonton.

Bagi yang belum tahu, “Big Mouth” adalah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga Park Chang-ho (Lee Jong-suk), yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouse’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Dalam “Big Mouth”, watak Park Chang-ho yang dibawa Lee Jong-suk menggambarkan emosi seorang peguam yang dibelenggu hutang, kegilaan untuk cuba lari dari tuduhan dan kemarahan yang keluar disebabkan ketidakadilan.

Khususnya, lakonan Lee Jong-suk telah berjaya menerima pujian penonton meskipun baru 4 episod sahaja ditayangkan.

Untuk pengetahuan, ini juga merupakan kali pertama Lee Jong-suk berlakon dalam drama noir dan dia telah membuktikan kebolehannya dalam siri yang melibatkan aksi jenayah dan percintaan. Antara komen yang ditulis mengenai lakonan Lee Jong-suk:

Lee Jong-suk memang sesuai bawak watak macam ini. Saya kagum.

 

Dia melakukan semua aksinya seorang diri tanpa pelakon stunt! Saya boleh bayangkan betapa penatnya dia.

 

Lee Jong-suk memang mempunyai taraf lakonan begitu tinggi.

lee jongsuk big mouth

Memang mantap kan Lee Jong-suk berlakon dalam “Big Mouth”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...