Ikuti Kami:

[REVIEW] Penuh Babak Saspens Mendebarkan, Permulaan ‘Big Mouth’ Raih Perhatian Penonton

[REVIEW] Penuh Babak Saspens Mendebarkan, Permulaan ‘Big Mouth’ Raih Perhatian Penonton

Apa pandangan korang selepas menonton episod awal “Big Mouth”?

Sinopsis

Untuk pengetahuan, ia adalah drama noir yang membawa kisah seorang peguam kelas ketiga Park Chang-ho (Lee Jong-suk), yang tanpa sengaja mengendalikan sebuah kes pembunuhan yang membuatkannya berubah menjadi penipu dipanggil ‘Big Mouth’ dalam sekelip mata sahaja. Bagi meneruskan kelangsungan hidup dan menyelamatkan keluarganya, dia perlu membongkarkan konspirasi besar dalam kalangan kelas atasan yang berpengaruh.

Permulaan baik

[Amaran SPOILER]

Kisah bermula dengan berita ‘Big Mouth’ yang dikenali di seluruh Korea kerana bertanggungjawab untuk pelbagai jenayah seperti mencuri 100 bilion won dari Forum NR selain mengetuai aktiviti geng termasuklah mengedarkan dadah. Disebabkan oleh kekuatan penjahat berkenaan, pihak polis menubuhkan pasukan khas untuk memberkasnya.

disney+ big mouth

Berbalik kepada kisah asal, semasa sedang menyelesaikan kes pembunuhan hospital Gucheon, Park Chang-ho tiba-tiba cemas dek berada dalam keadaan hidup atau mati apabila dituduh sebagai pengedar dadah dan segala bukti yang membawa kepada penjenayah sebenar hilang dari genggaman.

Di luar kawalan, Park Chang-ho tak semena-mena dilabel sebagai ‘Big Mouse’ dan menjadi sasaran ramai musuh di dalam dan luar penjara kini. Tidak mahu menyusahkan isterinya, lelaki itu mencari pasal dengan orang terkuat dalam penjara bagi menamatkan riwayatnya.

Bahkan lelaki tersebut memilih untuk membunuh diri supaya Go Mi-ho (Yoona) serta ayah mertuanya tidak dikejar pemiutang dan menjadi mangsa keadaan. Walau bagaimanapun, isterinya nekad mahu membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan memulakan misi untuk membuktikan suaminya bukanlah ‘Big Mouse’.

disney+ big mouth

Berdebar & saspens

Fuh! Berdebar semua menyaksikan kehidupan Park Chang-ho yang tunggang terbalik dalam satu malam sahaja. Bahkan rata-rata penonton mula meneka siapakah ‘Big Mouse’ sebenarnya, sama ada datuk bandar atau pun ada plot twist lain di mana Park Chang-ho mungkin ialah dalang yang dicari semua itu.

Menurut komen peminat, lakonan hebat Lee Jong-suk merupakan perencah terbaik buat “Big Mouth” selain keserasian yang baik bersama Yoona. Sepertinya dia membuat pilihan terbaik untuk memilih drama ini sebagai naskhah pertamanya selepas pulang daripada latihan ketenteraan.

disney+ big mouth

Bukan itu sahaja, drama noir tersebut nyata menjadi ikutan penonton seluruh Asia apabila menduduki ranking tinggi di platform Disney+ beberapa negara kini. Ia berada di tangga kedua di Hong Kong dan Korea Selatan manakala ketiga di Indonesia, Jepun dan Singapura.

Siapa peminat drama saspens melibatkan jenayah, memang patut tonton “Big Mouth”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...