Ikuti Kami:

Terbukti Popular! Ramai Pelakon Korea Beri Sokongan Buat ‘Extraordinary Attorney Woo’

Terbukti Popular! Ramai Pelakon Korea Beri Sokongan Buat ‘Extraordinary Attorney Woo’

Sepertinya ada sahaja topik mengenai “Extraordinary Woo” yang menjadi tumpuan penonton pada saban hari.

Dalam 4 episod sahaja, siri di saluran ENA ini mencapai rating berlipat kali ganda sekaligus membuktikan kepopularitian dalam kalangan peminat K-Drama. Bukan itu sahaja, naman Park Eun-bin melompat ke tangga pertama dalam ranking ‘Pelakon K-Drama Paling Trending’ kini.

Tidak hanya penonton, malah pelakon Korea lain turut meluahkan rasa cinta buat “Extraordinary Attorney Woo”. Terbaru, Kim Se-jeong memuat naik klip daripada drama itu dan menambah pelekat ikan puas (sinonim dengan haiwan kegemaran Woo Young-woo) dan mengatakan,

Sangat menyenangkan hati dan menyeronokkan. Adakah semua menonton ‘Extraordinary Attorney Woo’?

ena extraordinary attorney woo

Jung Yu-mi turut memaparkan sokongan buat drama tersebut dengan meletakkan pelekat ikan paus, ikan lumba-luma, tanda bagus dan emoji menangis pada tangkapa skrin Park Eun-bin di Instagram Story miliknya. Dia kemudiannya berkongsi gambar kimbap dengan kapsyen,

Saya juga suka Kimbap.

Dalam pada itu, Yoon Se-ah memuat naik foto kimbap di Instagramnya dan berkata,

‘Extraordinary Attorney Woo’ berbau seperti minyak bijan, sebuah drama yang membuatkan saya merindui kimbap! Saya menangis dan ketawa sepanjang masa. Jadi, pagi ini saya menjamah kimbap.

ena extraordinary attorney woo

Manakala Jung Il-woo pula berkongsi poster “Extraordinary Attorney Woo” di Instagram Story miliknya.

Untuk pengetahuan, drama ini membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Dahsyat betul penangan “Extraordinary Attorney Woo”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...