Ikuti Kami:

‘Extraordinary Attorney Woo’ Catat Rating Tertinggi Dalam Sejarah Bagi Saluran ENA

‘Extraordinary Attorney Woo’ Catat Rating Tertinggi Dalam Sejarah Bagi Saluran ENA

Setiap hari, pasti ada cerita baik mengenai drama “Extraordinary Attorney Woo”!

Ia membawa kisah Woo Young-woo (Park Eun-bin), seorang peguam dalam spektrum autisme yang bekerja keras di sebuah firma guaman besar bagi menyelesaikan pelbagai kes dan cabaran.

Baru memasuki 4 episod, siri berkenaan berjaya mencatat rating berlipat kali ganda daripada catatan semasa episod awalnya iaitu 0.9%. Menurut Nielsen Korea, episod terbaru ini berjaya meraih rating sebanyak 5.2%.

ene extraordinary attorney woo

Dengan catatan terbaru ini, “Extraordinary Attorney Woo” bukan sahaja memecahkan rekod peribadi malah turut melakar sejarah di ENA sebagai drama/program dengan rating tertinggi setakat ini di saluran berkenaan.

Menurut komen penonton, drama ini berjaya mencuri hati mereka kerana ketulusan Woo Youn-woo bagi membantu menyelesaikan kes di mahkamah selain memaparkan realiti dihadapi oleh individu dalam spektrum autisme.

Serius best!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...