“Saya Berhati-Hati..” – Park Eunbin Ulas Watak Peguam Autisme Dalam ‘Extraordinary Attorney Woo’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Tidak dinafikan bahawa nama Park Eun-bin trending baru-baru ini, dek lakonan yang hebat dalam drama “Extraordinary Attorney Woo”.
Disebabkan oleh siri ini yang menempa nama meskipun baru 2 episod, ulasan Park Eun-bin mengenai watak Woo Young-woo dan bagaimana dia bersedia buatnya menjadi perhatian semua.
Katanya semasa mendapat tawaran siri ini,
Semasa membaca sinopsis buat pertama kali, saya terfikir ‘Bagaimana saya perlu lakonkannya? Saya tak tahu mengenainya.

Jelasnya,
Saya cuba berhati-hati kerana takut akan mereka prejudis. Saya asyik terfikir, ‘Adakah okay saya berlakon seperti ini atau ini? Kemudian saya mendapat jawapan, daripada berfikir mengenai lakonan, saya perlu faham apa perasaan saya dahulu. Saya menambah keikhlasan Eun-bin dengan keikhlasan Young-woo.

Wanita itu juga tidak mahu memandang enteng dengan watak ini dan mencari nasihat profesional,
Saya berjumpa dengan seorang profesional untuk mendapatkan nasihat mengenai autisme dan mempelajari perwatakan am mengenai individu autisme.
Park Eun-bin juga meluahkan bahawa dia tidak mahu meniru watak dari media. Sesungguhnya dia perlu berjaga-jaga kerana tidak mahu memaparkan persepsi yang salah.
Dalam pada itu, Park Eun-bin turut memuat naik ucapan terima kasih buat penonton kerana menyokong “Extraordinary Attorney Woo” baru-baru ini,
Ramai yang sedang menonton siri ini di Netflix kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




