Ikuti Kami:

Terbukti Layak, ‘Pachinko’ Kini Tercalon Dalam Dua Anugerah ‘Gotham Independent Film Awards’

Terbukti Layak, ‘Pachinko’ Kini Tercalon Dalam Dua Anugerah ‘Gotham Independent Film Awards’

“Pachinko” kini tercalon dalam anugerah “Gotham Independent Film Awards”!

Terbaru, wakil daripada anugerah Gotham mengumumkan pencalonan tahun ini bagi majlis anugerah tahunan mereka yang ke-32. Setakat ini, “Pachinko” sudah pun tercalon sebanyak dua pencalonan.

“Pachinko” merupakan drama bersiri yang mengisahkan perang antara keamanan, cinta dan perpisahan berbilang generasi serta kemenangan dan penghakiman yang merangkumi Korea, Jepun, dan Amerika Syarikat. pachinkoDrama yang dibintangi ole Youn Yuh-jung, Lee Min-ho, Kim Min-ha dan banyak lagi. Teraju utamanya, Kim Min-ha kini tercalon dalam anugerah “Outstanding Performance” dalam kategori siri terbaru. Selain itu juga, “Pachinko” juga tercalon dalam kategori “Siri Pembangunan – Jangka Panjang (Breakthrough Series – Long Form)”.

Drama bersiri “Pachinko” ini bakal bertanding di samping drama hebat lain seperti, “Severance”, “Station Eleven”, “This Is Going To Hurt” dan juga “Yellowjackets”. Majlis anugerah ke-32 bagi “Gotham Independent Film Awards” akan diadakan di New York pada 28 November ini.

Tahniah buat para pelakon dan krew produksi “Pachinko”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...