Ikuti Kami:

“Risau Handphone Dirampas” – Sukar Mahu Berswafoto, TokTi Kongsi Pengurusan Lee Minho ‘Strict’

“Risau Handphone Dirampas” – Sukar Mahu Berswafoto, TokTi Kongsi Pengurusan Lee Minho ‘Strict’

Umum rasanya mengetahui bahawa pengurusan setiap selebriti Korea sangatlah ketat dan tegas.

Sama juga dengan kisah yang dikongsikan penyanyi No 1 negara Dato’ Siti Nurhaliza menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Sama-sama merupakan duta jenama CUCKOO, TokTi berjaya mencuri peluang untuk bergambar bersama Lee Min-ho ketika konsert ulang tahun ke-8 jenama perkakas rumah berkenaan.

Pun begitu, usaha itu nyatanya bukan mudah apabila penyanyi berkenaan mengatakan bahawa pengurusan Lee min-ho sangatlah ketat,

Kisahnya memang di luar pentas, kawalan sangat ketat untuk artis antarabangsa seperti @actorleeminho . Kena ikut setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh pengurusan LMH ye dan tak boleh ambil gambar selain menggunakan fotografer official.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Walau bagaimanapun, TokTi dengan beraninya meminta kebenaran CEO CUCKOO iaitu KC Hoe untuk berswafoto bersama pelakon lelaki kegilaan ramai itu,

Dalam hati saya kata kalau bodyguard dia naik saya dah bersedia nak buka silat mat kilau .. hahahah..

Foto berkenaan nyata tular di serata media sosial dan dipenuhi komen cemburu dari peminat apabila melihat TokTi berjaya bergambar bersama Lee Min-ho dan ia merupakan impian besar buat ramai orang.

Hebat lah TokTi, pandai cari peluang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...