Ikuti Kami:

“Mereka Baik” – Lee Minho Puji Keghairahan Peminat Malaysia & Kongsi Perkembangan Projek Baru

“Mereka Baik” – Lee Minho Puji Keghairahan Peminat Malaysia & Kongsi Perkembangan Projek Baru

Rasa macam mimpi apabila Lee Min-ho kembali menjejakkan kaki di Malaysia selepas 8 tahun lamanya.

Kelmarin, telah berlangsung ‘CUCKOO APPRECI8TH ANNIVERSARY CONCERT’ di Axiata Arena. Bagi menyambut acara yang meriah itu, jenama perkakas rumah tersebut telah menjemput ramai artis seperti DOLLA, Naqiu, Hael Husaini, Aina Abdul, Amelina, Khai Bahar, Misha Omar, Dato’ Siti Nurhaliza dan ramai lagi untuk menghiburkan penonton.

Namun apa yang paling menarik ialah kehadiran khas Lee Min-ho iaitu duta jenama CUCKOO untuk turut menyambut ulang tahun ke-8 jenama itu di Malaysia.

Yang bestnya, KimchiDaily dapat menyertai sidang media khas bersama pelakon lelaki yang popular dari Korea tersebut. Dari awal kemunculan lagi, Lee Min-ho lelaki itu berjaya menggamit jeritan kuat dari pihak media yang sudah tidak sabar menantikannya.

lee minho cuckoo malaysia

Lee Min-ho membuka cerita mengenai apa yang anda disukai tentang Malaysia pada awalnya,

Saya sukakan keghairahan semua dan mereka juga baik. Setiap kali berjumpa, saya dapat merasai tenaga yang baik dari mereka.

Kata Lee Min-ho lagi, dia berasa sangat berbangga kerana dipilih menjadi duta CUCKOO di Malaysia dan terkejut melihat sambutan yang hangat buat jenama perkakasan rumah berkenaan yang disukai rakyat tempatan.

lee minho cuckoo malaysia

Apabila ditanya oleh hos mengenai perancangan untuk projek akan datang, pelakon tersebut berkongsi mengenai dua drama yang bakal ditayangkan tak lama lagi melibatkannya,

Sekarang, saya sedang menjalani penggambaran buat drama ‘Ask The Stars’. Ia berlatarbelakangkan ‘angkasa’ dan merupakan sebuah drama yang kelakar dan menggembirakan. Apabila penggambaran drama itu selesai, saya akan memulakan penggambaran untuk ‘Pachinko 2’ pula.

Untuk soalan ‘Awak mahu diingati sebagai pelakon bagaimana?’, jawab Lee Min-ho merendha diri,

Saya tak mahu diingati sebagai satu watak pelakon sahaja. Saya bekerja keras pada setiap masa buat setiap peluang yang diberikan.

lee minho cuckoo malaysia

Dalam pada itu, pelakon tersebut kelihatan tak tentu arah apabila diminta memilih watak yang paling dihargainya sepanjang karier lakonan selama 20 tahun ini. Katanya, dia menghargai kesemua watak yang pernah dilakonkannya termasuklah Gu Jun-pyo (“Boys Over Flower”, Kim Tan (“The Heirs”) dan juga terbaru, Han-su (“Pachinko”).

Dalam pada itu, Lee Min-ho turut sempat menandatangani pelancaran untuk sebuah penapis udara baharu dibawah Tonggak Peralatan Rumahnya – Penapis Udara CUCKOO R Model. Penapis ini pastinya akan menjadi rebutan ramai bermula 2 Oktober 2022, memandangkan ianya dijual dengan harga mampu milik pada RM69 sebulan.

Excitednya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...