Patutlah nampak sado Jung-kook.
Sebelum ini, Jung-kook BTS pernah berkongsi senaman harian yang dia selalu lakukan untuk menjaga kesihatan badannya. Kali ini, KimchiDaily nak kongsikan senaman dilakukan oleh ahli BTS tersebut dalam masa hanya 20 ke 30 minit sahaja.
20 kali squats
Squats menguatkan otot kaki, termasuk quadriceps, hamstrings, dan glutes. Dengan melakukan squats, ia dapat meningkatkan kekuatan badan secara keseluruhan selain membantu menaikkan keseimbangan dan fleksibiliti.
40 kali lunges
ARE WE SERIOUSLY GETTING A JK WORKOUT LIVE?? pic.twitter.com/2vvJlzdwSQ
— jenna⁷ – ✨(semi IA) (@cookymang7) June 29, 2023
Lunges dapat meningkatkan kekuatan kaki, membina otot untuk quadriceps, hamstrings, dan glutes. Selain itu, ini dapat meningkatkan keseimbangan dan ia merupakan senaman yang memfokuskan bahagian bawah badan yang berkesan.
1 minit senaman papan
just jungkook randomly working out in the middle of the interview 😭 pic.twitter.com/AHMZ781cuJ
— jungkook vids 🎥 (slow) (@jjklve) July 19, 2023
Senaman papan dapat menguatkan teras termasuk otot perut, otot belakang, meningkatkan postur dan kestabilan badan. Ia juga melibatkan otot bahu, dada dan kaki di mana, membantu menggalakkan kekuatan badan secara keseluruhan.
30 kali senaman abs
Senaman abs dapat menguatkan otot, meningkatkan kestabilan dan memperbetulkan postur badan seseorang. Senaman ini membantu mengurangkan risiko sakit belakang bawah. Tambahan lagi, senaman abs yang konsisten menyumbang kepada prestasi olahraga yang lebih baik dan stamina sentiasa konsisten.
Diet
Jung-kook percaya sebagai seorang artis, dia memegang tanggungjawab untuk memberi persembahan kepada penontonnya dengan penuh dedikasi. Oleh sebab itu, idola K-Pop ini sangat mementingkan penampilan dirinya dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dan terkawal.
Jung-Kook ada berkongsi, dia mengikut pelan diet ringkas yang terdiri daripada sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam dan sedikit snek. Kesemua makanan yang diambil Jung-kook kebanyakannya kaya dengan protein untuk mengekalkan jisim otot dan untuk mendapatkan tenaga harian.
Selain itu, Jung-kook akan memastikan makanannya akan mengandungi jumlah karbohidrat, lemak, dan nutrien penting lain yang sihat. Akhir sekali, Jung-kook juga memastikan dirinya minum air masak 8 liter sehari untuk kekal terhidrat sepanjang hari.
Selamat mencuba!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.