Ikuti Kami:

“Terasa Seperti Diabaikan..” – Netizen Dedah Personaliti Sebenar Minho SHINee Masa Zaman Sekolah

“Terasa Seperti Diabaikan..” – Netizen Dedah Personaliti Sebenar Minho SHINee Masa Zaman Sekolah

Beberapa orang netizen telah mendedahkan personaliti sebenar Min-ho semasa sekolah.

Pada 3 April, satu hantaran tentang Min-ho semasa sekolah menengah telah tular di atas talian. Di mana menurut netizen tersebut, ahli SHINee itu mempunyai reputasi yang hebat dan sangat terkenal di kalangan pelajar perempuan.

Katanya,

Saya rakan sekolah Min-ho dan sejujurnya, masa zaman sekolah dulu semua orang sukakan dia. Dia juga seorang yang sangat kacak dan periang. Malah, disebabkan masa itu SHINee dah nak debut, Min-ho jadi sangat terkenal di sekolah kami.

Tambahnya,

Min-ho juga pernah bagi kami serta guru-guru yang lain tanda tangan GIRLS’ GENERATION. Selain daripada memiliki wajah yang kacak, Min-ho juga sangat hebat bermain bola sepak.

Masa waktu rehat, dia akan main bola di padang. Di mana, kebanyakan pelajar wanita hanya akan menyokong Min-ho dan buat pelajar lelaki yang lain terasa seperti diabaikan.

minho-comment

Seorang lagi netizen lain berkata,

Sebelum Min-ho pindah sekolah, kami pernah main bola bersama dan kemahiran yang dia tunjukkan sangat hebat! Dah la kacak, tinggi pula tu. Sejujurnya saya cemburu sangat dekat dia.

Patut la Min-ho tak boleh berpisah dengan sukan kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...