Ikuti Kami:

“Saya Berjanji..” – Peminat Hantar Trak Protes, Minho SHINee Minta Maaf Kerana Masuk Pertandingan Sukan

“Saya Berjanji..” – Peminat Hantar Trak Protes, Minho SHINee Minta Maaf Kerana Masuk Pertandingan Sukan

Peminat SHINee telah menghantar trak protes ke SM Entertainment bagi meluahkan kekecewaan mereka terhadap penglibatan Min-ho dalam “The Ultimate Sports Men’s Competition 2024” yang dijadualkan tayang pada Mei ini.

Malah, mereka turut menggesa agar SM memberi tumpuan kepada tugas utama Min-ho, iaitu sebagai idola serta pelakon daripada menyertai pertandingan seperti itu.

Disebabkan ini, Min-ho telah muncul di aplikasi bubble untuk memohon maaf.

Ahli SHINee tersebut berkata,

Saya minta maaf kerana telah buat awak semua risau. Saya hanya berniat untuk buat awak semua senyum apabila melihat saya dalam pertandingan tersebut.

Tambahnya,

Saya minta maaf sekali lagi dan saya berjanji akan lakukan yang terbaik serta jaga diri saya supaya tidak tercedera.

Selepas pemohonan maaf itu dihantar, rata-rata netizen serta peminat telah meluahkan kemarahan mereka terhadap individu yang menghantar trak tersebut.

Komen mereka,

Biarlah Min-ho nak buat apa pun dah tu hobi dia.

 

Siapa yang bazir duit hantar trak tu?

 

Kesian Min-ho..

 

Dia tak ada sebab pun untuk minta maaf dekat kalian.

 

Tolong hormat apa yang Min-ho suka.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...