Ikuti Kami:

“Saya Dah Fikir..” – Dilapor Bakal Tinggalkan SM, Taemin SHINee Tampil Luah Perasaan Sebenar

“Saya Dah Fikir..” – Dilapor Bakal Tinggalkan SM, Taemin SHINee Tampil Luah Perasaan Sebenar

Baru-baru ini, SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengan pembaharuan kontrak mereka bersama dengan ahli SHINee.

Di mana, Key dan Min-ho dikatakan sedang berbincang mengenai pembaharuan kontrak mereka bersama SM manakala Tae-min dan Onew sedang mempertimbangkan tawaran dari syarikat lain.

Kata mereka dalam kenyataan tersebut,

Mereka akan meneruskan aktiviti kumpulan mereka bersama SM, tetapi, kontrak individu mereka akan ditentukan mengikut keputusan yang dibuat oleh ahli SHINee.

Selepas kenyataan itu dikeluarkan, Tae-min telah meluahkan perasaannya mengenai kebarangkalian untuk dirinya meninggalkan syarikat tersebut pada peminat di aplikasi Bubble.

taemin-bubble

Ahli SHINee itu berkata,

Berita ini agak mengejutkan kan? Sejujurnya saya nak beritahu awak semua sendiri sebab saya tak nak awak semua risau. Saya sebenarnya dah fikirkan perkara ini sejak dari tahun lepas lagi. Saya juga dah berbincang dengan SM serta ahli yang lain.

 

Tambahnya,

Jadi, saya harap awak semua akan sentiasa percaya serta sokong segala keputusan saya. Saya juga nak awak semua sentiasa ada bersama saya, dan sokong saya sebagai ahli SHINee dan penyanyi solo Tae-min.

Semoga semua urusan Tae-min dipermudahkan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...