Baru-baru ini, Yoon-A GIRLS’ GENERATION telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Dazed Korea.
Untuk pengetahuan, Yoon-A juga telah bekerjasama dengan jenama mewah ‘Miu Miu’ untuk penggambaran majalah ini. Cantik sangat Yoon-A!
Ketika temu bual, Yoon-A berkongsi tentang pelbagai perkara. Antaranya adalah tentang kemunculan semula GIRLS’ GENERATION selepas 5 tahun. Jelas idola itu mengenai ini,
Berkumpul buat kali pertama dalam tempoh lima tahun untuk berlatih terasa baharu tetapi juga biasa. Kami bertemu setelah sekian lama berlalu, tetapi keakraban GIRLS’ GENERATION masih sama.
Kemudian, pelakon yang sedang membintangi drama “Big Mouth” itu turut mendedahkan bahawa lagu kegemarannya dalam album “FOREVER 1” adalah “Lucky Like That”. Dia menjelaskan,
Ia adalah lagu pertama yang kami rakamkan daripada album ini, dan saya adalah yang terakhir. Saya sedang mendengar bahagian lain lagu yang telah dirakamkan oleh ahli saya dan menjadi emosi. Liriknya bermula begini. ‘Memandangkan semua hasrat yang ditunggu-tunggu telah menjadi kenyataan hari ini’. Saya tertanya-tanya apakah perasaan ‘SONE’ (nama kelab peminat) kami apabila mendengar perkara ini. Itu adalah kata-kata yang saya ingin katakan kepada SONE kami.
Cantik kan Yoon-A?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.