Ikuti Kami:

“Ahli Lain Perlu ‘Patuhi’ Saya” – Girls’ Generation Kongsi Sebab Yoona Jadi Ketua Kumpulan

“Ahli Lain Perlu ‘Patuhi’ Saya” – Girls’ Generation Kongsi Sebab Yoona Jadi Ketua Kumpulan

Ha siapa dekat sini yang keep up dengan drama siri “Big Mouth”? Terkesima tak tengok lakonan Yoona yang kian lama kian mengagumkan?

Baru- baru ini Yoona dan ahli Girls’ Generation tampil dalam satu rancangan hiburan JTBC, “Knowing Brothers”. Katanya Yoona kini merupakan ketua kumpulan. Eh, bukan Tae-yeon ke?

Apabila ditanya mengenai perkara itu, Tae-yeon sebagai bekas ketua kumpulan tampil menjawab,

Kami kini tengah mencuba satu sistem baru yang akan menggantikan ketua setiap bulan.

hyoyeonLalu, kesemua pengacara “Knowing Brothers” bertanya, buat masa kini, siapa yang memegang jawatan ketua. Hyo-yeon menjawab,

Memandangkan sekarang kami tengah menyesuaikan dengan sistem, tiga ahli yang terlibat sekarang adalah Tiffany, Soo-young dan Yoona akan menjalankan tugas sebagai ketua, setiap bulan. 

Kami juga turut bertanya mengenai keputusan daripada Yoona sendiri dek kerana dia kini sibuk dengan penggambaran dan aktiviti lakonan, namun dia berkata bahawa dia mampu melakukannya.

yoonaDalam pada itu, Yoona turut tidak terlepas daripada berkongsi mengenai pandangannya. Dia berkata bahawa ahli lain suka buat hal sewaktu dia menjadi ketua kumpulan.

Ahli-ahli lain perlu lebih ‘mematuhi’ saya sebagai ketua. Contoh seperti Hyo-yeon unnie, tolong lah periksa mesej di KakaoTalk kamu mengikut masa.

Saya juga rasa agak sukar untuk kami semua mencapai kata sepakat kerana masing-masing mempunyai pandangan dan suara sendiri. Walaupun kami sudah berbincang dengan agak lama. kami masih tidak menemui jawapan. Ia akan berakhir dengan, “Jadi, konklusinya?”

Korang rasa antara Tiffany, Hyo-yeon dan Yoona, siapa yang boleh ganti Tae-yeon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...