“Terapung..” – Lee Minho & Gong Hyojin Kongsi Disebalik Adegan Ciuman Dalam ‘When The Stars Gossip’
- oleh irsa
- 1 tahun lalu
Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin telah mendedahkan kisah di sebalik adegan ciuman mereka dalam drama “When The Stars Gossip”.
Dalam episod terbaru ‘ZzanBros’, kedua-dua mereka hadir sebagai tetamu dan menceritakan pelbagai kisah disebalik drama berkenaan.
Gong Hyo Jin berkata,
Ketika kami merakam dalam satu skrin, kami memakai sut ketat, dan ramai ‘Greenman’ (orang berpakaian sut hijau) digunakan untuk menyokong kami. Bila banyak NG (rakaman semula), mereka gunakan dan padamkan ‘Greenman’. Semasa merakam adegan ciuman, ‘Greenman’ juga ada di belakang untuk menyokong kami.

Mendengar ini, Shin Dong-yeop bergurau,
Adakah Greenman akan menolak ke hadapan jika mereka rasa ciuman itu tidak cukup ghairah? Adakah mereka yang menentukan keintiman adegan tersebut?
Lee Min-ho menambah,
Ketika sedang bercium dengan penuh semangat, jika jarak terlalu jauh, ia mungkin kelihatan ganjil.
Tak sabar nak tengok adegan itu nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




