Ikuti Kami:

“Dah Bercinta Dengan Berapa Selebriti?” – Lee Minho Gementar Dipersoal Kehidupan Cinta

“Dah Bercinta Dengan Berapa Selebriti?” – Lee Minho Gementar Dipersoal Kehidupan Cinta

Sepertinya Lee Min-ho sedikit gementar apabila dipersoal mengenai kehidupan peribadinya.

Terbaru, Lee Min-ho dan Gong Hyo-jin muncul dalam rancangan web “Salon Drip 2” sebagai tetamu untuk mempromosikan drama “When The Stars Gossip”.

Dalam video yang ditayangkan, Lee Min Ho menyatakan bahawa ini adalah kali pertamanya muncul dalam rancangan web, sambil berkata,

Sekarang tiba masanya di mana kita boleh bercakap dengan lebih santai. Saya juga pernah memberitahu penulis ketika mesyuarat bahawa saya suka soalan yang tidak selesa.

Pengacara Jang Do Yeon terus bertanya,

Adakah awak sedang bercinta sekarang? Berapa ramai selebriti yang pernah awak temui?

lee minho

Lee Min-ho yang terkejut kemudian cuba mengelak dengan berkata,

Saya pergi ke tandas sekejap.

Jang Do-yeon kemudian memanggilnya semula untuk duduk dan lelaki itu terus meminta maaf dan berkata,

Maafkan saya, saya tersilap cakap.

Pasukan produksi serta Gong Hyo-jin terus tertawa melihat Lee Min-ho yang sedikit gelabah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Joy News 24

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...