Ikuti Kami:

Terajui ‘Our Beloved Summer’, Choi Wooshik Sokong Kim Dami Di Set Filem ‘The Great Flood’

Terajui ‘Our Beloved Summer’, Choi Wooshik Sokong Kim Dami Di Set Filem ‘The Great Flood’

Ada tak yang rindu nak tonton drama “Our Beloved Summer”?

Pada 7 Ogos, ‘Coffee Nyooong’ iaitu sebuah kafe yang menyediakan perkhidmatan trak kopi telah memuat naik foto trak kopi yang dihantar oleh Choi Woo-shik dan penerbit Studio N  Han Hye-won, ke set filem Kim Da-mi “The Great Flood”.

Pelakon cilik Kwon Eun-seong yang juga terlibat untuk “The Great Flood”, turut memuat naik fotonya menikmati kopi yang dihantar untuk Kim Da-mi itu.

choi wooshik kim dami

Di sepanduk trak kopi itu tertulis,

Untuk semua pelakon dan kakitangan, bersemangatlah melakukan penggambaran pada musim panas ini dan tolong jaga Da-mi.

Dalam pada itu, “The Great Flood” ialah filem bencana sci-fi yang berlaku pada hari-hari terakhir bumi apabila banjir besar melanda. Ia mengikuti kisah perjuangan di sebuah apartmen yang ditenggelami air, mempertaruhkan harapan terakhir bahawa manusia dapat bertahan. Ia diterajui Kim Da-mi dan Park Hae-soo.

Rindu kan nak tengok gandingan Choi Woo-shik dan Kim Da-mi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...