Siap sedia semua untuk drama “Connect”!
Untuk pengetahuan, “Connect” yang diterajui Jung Hae-in, Go Kyung-pyo dan Kim Hye-jun membawa kisah mengenai Dong-soo, yang diculik oleh pemburu organ dalaman dan telah kehilangan sebelah matanya. Kemudian, dia mendapati bahawa matanya telah ditransplan kepada seorang pembunuh bersiri dan dia tekad untuk mencari pembunuh tersebut.
Terbaru, Jung Hae-in telah diumumkan akan menyanyikan runut bunyi untuk drama lakonannya itu, menambah keterujaan peminat.
Khususnya, OST nyanyian Jung Hae-in untuk drama “Connect” berjudul “My Song”, dan ia digubah oleh penyanyi-penulis lagu yang sangat disayangi ramai iaitu Sunwoo Jung-a.
https://twitter.com/Haeinpops/status/1599726214486593539?s=20&t=rBi1GitP5ST8SLEIaU-lOg
Selain itu, “My Song” akan mempunyai dua versi termasuk nyanyian Jung Hae-in dan nyanyian Ha Beom-seok.
Dalam pada itu, drama “Connect” dan lagu “My Song” akan dilancarkan pada 7 Disember hari ini.
Sama-sama kita nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.