Bakal ‘Berentap’, Jung Haein & Go Kyungpyo Bawa Aura Berbeza Dalam Siri Disney Plus ‘Connect’
- oleh Athirah Azmi
- 4 tahuns lalu
Yay! Bestnya Jung Hae-in bergandingan bersama Go Kyung-pyo!
Dua jejaka kesukaan ramai ini, sekali lagi menjadi perhatian apabila mereka bakal bergandingan dalam siri Disney Plus, “Connect”.
Siri ini mengisahkan mengenai Connect Dong Soo lakonan Jung Hae-in, yang diculik oleh pemburu organ dalaman dan telah kehilangan sebelah matanya. Kemudian, dia mendapati bahawa matanya telah ditransplan kepada seorang pembunuh bersiri dan dia tekad untuk mencari pembunuh tersebut.
Dalam mencari pembunuh bersiri tersebut, Dong Soo mempunyai keupayaan untuk memahami dan melihat dari sudut perspektif pembunuh itu, Jin Seob lakonan Go Kyung-pyo. Dengan menggunakan kelebihan yang ada, dia berjaya menjejaki Jin Seob, namun akhirnya terjebak dalam situasi yang tidak dapat disangka.
Menerusi siri ini juga, Kim Hye-joon bakal membawa watak sebagai Lee Rang, seorang wanita misteri yang mengetahui segala rahsia Connect dan mendekati Dong Soo dengan sengaja.
Manakala, Kim Roe-ha yang memegang watak sebagai detektif Choi, bakal cuba merungkai segala kebenaran di sebalik setiap insiden pembunuhan misteri.
Wah… bukan main intense lagi cerita ni!
Nantikan “Connect” pada disember ini okay!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




